Hab |
Hab atau (Hub) merupakan sebuah peranti yang terdapat dalam rangkaian komputer. Hab secara fizikalnya berbentuk seperti kotak dari berbagai saiz. Ia mempunyai beberapa bilangan penyambung female RJ45 yang dikenali sebagai port. Setiap penyambung ini direka bentuk supaya boleh memuatkan satu kabel pasangan terpiuh (twisted pair) melalui penyambung male RJ45.
Hab digunakan dalam rangkaian internet
yang menggunakan kabel jenis UTP. Hab adalah titik penyambungan di
antara stesen dengan stesen dan di antara stesen dengan pelayan.
ROUTER
Penghala (Router) berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian komputer yang berlainan. Semasa paket dihantar, router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah: membuat terjemahan protokol, mengemaskini jadual haluan, mengirim paket, membungkus paket dan membuka bungkusan paket. Selain itu juga router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkan paket tertentu sahaja. Ini membolehkannya bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian anda.
NETWORK CARD
Kad antara muka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian. Ia bertindak sebagai antara muka fizikal atau penyambung di antara komputer anda dengan kabel rangkaian. Antara muka rangkaian ini ada yang berbentuk kad dan ada yang berupa komponen dalam papan induk komputer.
Kad rangkaian ini juga menerima data input dari kabel dan menterjemahkannya kepada byte yang difahami oleh unit pemprosesan pusat komputer. Kad rangkaian mengandungi perkakasan dan program firmware (aturcara rutin yang tersimpan dan ROM) yang mengimplemen fungsi-fungsilogikal link control (LLC) dan media access control (MAC) pada lapisan pautan data model OSI.
CONNECTOR
Connector adalah Perangkat keras yang digunakan untuk menghubungkan kabel dengan komputer , untuk jaringan komputer dikenal dengan Istilah RJ45 yang merupakan konektor standart untuk kabel internet Categori 5, serta biasanya digunakan untuk Kabel UTP.
MODEM
Modem merupakan peranti komputer yang melaksanakan proses yang menukarkan isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer kepada isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian telefon dan juga sebaliknya. Dengan pendek kata, ia berkemampuan untuk mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital. Modem ialah perkataan bahasa Inggeris yang merupakan singkatan bagi modulator-demolator, iaitu pemodulat dan penyahmodulat.
Isyarat digital ialah isyarat yang mengandungi siri suis elektronik yang diwakili oleh ciri hidup dan mati, ciri hidupnya diwakili oleh angka 1, manakala ciri matinya pula diwakili oleh 0. Dengan penggunaan ciri ini serta kombinasi angkanyalah maka komputer mampu menghasilkan data berbentuk teks, grafik dan sebagainya.
Berlainan pula dengan isyarat berbentuk analog, ia adalah isyarat berbentuk gelombang bunyi melalui talian elektrik dan data serta maklumat dihasilkan berasaskan kekuatan gelombang serta tahap frekuensinya. Ringkasnya, modem berfungsi mengubahkan isyarat berbentuk 1 dan 0 tadi kepada isyarat berbentuk gelombang serta frekuensi begitu jugalah sebaliknya.