Tuesday, 13 March 2012

JENIS TOPOLOGI


RANGKAIAN BINTANG

 Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab. 



KEBAIKAN RANGKAIAN BINTANG

  • Mudah untuk menyambungkan kabel rangkaian
  • Mudah mengenalpasti masalah
  • Tiada gangguan pada sistem rangkaian apabila menyambung atau membuang peralatan dalam rangkaian.

KELEMAHAN RANGKAIAN BINTANG

  • Memerlukan kabel yang panjang (setiap node satu kabel)
  • Sekiranya hub gagal fungsi keseluruhan rangkaian tidak dapat beroperasi
  • Kos pemasangan yang lebih berbanding topologi bus.





RANGKAIAN CINCIN ( RING NETWORK)

Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya.



KEBAIKAN RANGKAIAN CINCIN
  • Penghantaran data laju. 
  • Dapat melayan lalu lintas data yang padat. 
  • Komunikasi antara terminal mudah.Tiada perlanggaran (collision) data

KELEMAHAN RANGKAIAN CINCIN
  • Jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi. 
  • Penambahan atau pengurangan terminal sangat sukar. 
  • Sukar mengesan punca kerosakan.




RANGKAIAN BAS (BUS NETWORK)

Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone) secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut.

KEBAIKAN RANGKAIAN BAS
  • Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan. 
  • Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas. 
  • Murah. 
  • Sesuai untuk rangkaian yang kecil.


KELEMAHAN RANGKAIAN BAS
  • Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi. 
  • Memerlukan terminator untuk kedua-dua hujung kabel tulang belakang . 
  • Sukar mengesan kerosakan. 
  • Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah. 
  • Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran (collision) data





SEKIAN....




No comments:

Post a Comment